Apakah itu Elektrik?


Elektrik
Elektrik ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat kewujudan dan aliran cas elektrik. Bersama-sama dengan kemagnetan, ia membentuk saling tindak asas yang dikenali sebagai keelektromagnetan. Ia meliputi kebanyakan fenomena fizikal yang biasa dijumpai seperti kilat, medan elektrik dan arus elektrik. Elektrik juga digunakan dalam bidang perindustrian seperti elektronik dan kuasa elektrik.


Konsep-konsep Elektrik
Dalam penggunaan biasa, istilah elektrik dikaitkan dengan beberapa konsep biasa yang sebaik-baiknya dirujuk menggunakan istilah-istilah yang lebih tepat :
  • Keupayaan elektrik (selalunya dirujuk sebagai voltan) - tenaga keupayaan per unit cas yang berkait dengan medan elektrik statik.
  • Arus elektrik - pergerakan atau aliran zarah-zarah bercas elektrik.
  • Medan elektrik - medan yang terdapat di sekeliling objek yang bercas.apabila terdapat objek bercas lain yang masuk ke medan ini, medan ini akan mengenakan daya ke atas objek tersebut.
  • Tenaga elektrik - tenaga yang terhasil akibat aliran cas elektrik melalui pengalir elektrik.
  • Kuasa elektrik - kadar penukaran tenaga elektrik daripada atau kepada tenaga dalam bentuk lain, seperti cahaya, haba atau tenaga mekanikal (sawat).
  • Cas elektrik - sifat asas terabadi pada sesetengah zarah subatom, yang menentukan saling tindak elektromagnetnya. Jirim bercas elektrik dipengaruhi oleh, dan dapat menghasilkan medan elektrik.

Sejarah penemuan
Orang-orang Yunani kuno dan Parthia tahu tentang elekrik statik, iaitu dengan menggosok benda dengan kain bulu. Walaupun penerokaan sains atas fenomena ini telah bermula pada zaman Renaissance Eropah, elektrik pada masa itu hanya digunakan dalam silap mata dan permainan-permainan, sehinggalah penemuan yang lebih mendalam dibuat pada penghujung abad ke-18 sehingga pertengahan abad ke-19.

Walaupun "rekaan" terkenal Benjamin Franklin iaitu elektrik dengan menerbangkan layang-layang semasa hujan kilat hanyalah lebih kepada cereka berbanding dengan fakta, namun teori-teorinya mengenai hubungan antara kilat dan elektrik statik telah menimbulkan minat ahli-ahli sains terkemudian untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang elektrik, dan hasil-hasil kerja mereka inilah yang telah menjadi asas kepada teknologi elektrik masa kini. Ahli-ahli sains ini termasuklah Michael Faraday (1791–1867), Luigi Galvani (1737–1798), Alessandro Volta (1745-1827), André-Marie Ampère (1775–1836), dan Georg Simon Ohm (1789-1854). Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 pula, ahli-ahli sains terkemuka dalam bidang kejuruteraan elektrik adalah seperti Nikola Tesla, Samuel Morse, Antonio Meucci, Thomas Edison, George Westinghouse, Werner von Siemens, Charles Steinmetz, dan Alexander Graham Bell.


Unit SI bagi elektrik


Kindly Bookmark and Share it:

0 comments: