Prinsip Pertolongan Cemas




PENGENALAN

Pertolongan yang diberi kepada mereka yang tercedera atau sakit dengan tiba-tiba sebelum mendapat rawatan dari pihak doktor atau sebelum doktor atau ketibaan doktor.


OBJEKTIF


i. Menyelamat nyawa
ii. Mengelakkan keadaan dari menjadi lebih teruk
iii. Memberi kelegaan dan keselasaan


PUNCA KEMALANGAN

Kemalangan yang berpunca daripada kecuaian manusia.
Kemalangan yang berpunca daripada keadaan peralatan dan mesin juga keadaan kerja.


LANGKAH KESELAMATAN

i. Mengutamakan kebersihan pada setiap waktu.
ii. Mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
iii. Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas.
iv. Menghargai dan berpuas hati dengan hasil kerja.
v. Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali.


LUKA-LUKA

i. Luka terhiris ( incised)
ii. Luka tikaman ( Punctured)
iii. Luka terkoyak (laceratich)
iv. Luka tembakan
v. Luka tertutup


JENIS LUKA















AKIBAT LUKA

i.Tumpah darah
ii.Jangkitan kuman
iii.Renjatan
iv.Maut


RAWATAN

i. Berhentikan daripada tumpahan darah.
ii. Hindarkan daripada jangkitan kuman.
iii. Beri rawatan renjatan. Hantar ke hospital dengan kadar segera.


PATAH TULANG

Patah bermaksud tulang yang retak atau tulang yang patah. 

i.Patah boleh disebabkan oleh:-
ii.Kekuatan hentakan tepat(direct force)
iii.Patah berlaku ditempat yang menerima hentakan.
iv.Kekuatan hentakan sipi (indirect force)
v.Patah yang berlaku bukan ditempat yang menerima hentakan.


JENIS PATAH

Terbahagi kepada dua jenis :-

i.Patah tertutup – Tidak mencederakan tisu- tisu sekelilingnya, kecederaan yang minimum pada tisu tisu  
                          sekelilingnya.
ii.Patah terbuka – Mencederakan tisu-tisu saluran organ, otot-otot dan tulang menembusi kulit.


Patah juga boleh dilihat atau terjadi dalam beberapa keadaan dan bentuk :-
  1. Patah melintang – Patah melintang ditempat yang terkena hentakan. 
  2. Patah menyiring – Patah yang serong ditempat yang terkena hentakan.
  3. Patah terpusing – Patah yang berlaku disekeliling tulang kelihatan seperti ‘spring’. 
  4. Patah melarat – Tulang patah remok ditempat hentakan disebabkan tulang yang rapoh.
  5. Patah tertekan – Patah yang tulangnya cucuk-menyucuk antara satu sama lain.
  6. Patah tebu – Patah yang tidak berpisah kerana tulangnya masih lembut seperti kanak-kanak dan bayi. 
Patah tulang dalam senarai diatas boleh dikumpulkan samaada kedalam patah tertutup atau patah terbuka, tertakluk kepada keadaan patah.


TANDA DAN GEJALA

Patah dapat ditentukan dari cara pesakit mendapat kecederaan dan pemeriksaan yang dibuat tetapi penentuan hanya dapat dibuat dengan mengambil gambar X – ray.

i. Rasa sakit pada bahagian yang cedera.
ii. Bengkak hanya pada tempat yang cedera.
iii. Lebam
iv. Pendek atau berubah dari bentuk asal.
v. Hilang upaya yang biasa.
vi. Pergeseran tulang apabila digerakan.
vii. Nampak tulang jika patah terbuka.


RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

i.Tindakan yang perlu diambil :-
ii.Buat penilaian keadaan pesakit dan pastikan ketenatan kecederaan yang diambil.
iii.Pulihkan nafas pesakit jika perlu.
iv.Tahan darah jika terdapat luka atau patah terbuka.
v.Pastikan pergerakan yang minimum sahaja kepada bahagian anggota yang cedera.
vi.Ampu bahagian anggota yang patah secepat mungkin dengan menggunakan andoh tuap.
vii.Tenangkan perasaan pesakit.
viii.Jika pesakit mengalami renjatan, beri rawatan sewajarnya.
ix.Hantar pesakit kehospital dengan kadar segera.


KAEDAH MENGENDALI MANGSA




Kindly Bookmark and Share it:

0 comments: